Sunday 27 January 2013

Suka Itu Pelik !


suka ada pelbagai jenis . sama ada kita suka mainmain ataupun kita suka betulbetul yang melibatkan sayang . and once kita dah sayang pada seseorang itu , sesakit mana pun hati kita dekat dia, sejahat mana pun dia buat kat kita, rasa sayang itu tak akan hilang , cuma akan berkurang dan ia bergantung bagaimana kita nampak sayang tu , kadang2 mungkin sebab kita dalam keadaan yang beremosi sampaikan kita rasa perasaan sayang kita dah tak ada tapi sebenarnya perasaan sayang tu ada cuma kita tak dapat rasa selagi fikiran dan hati kita dikuasai emosi .

entry kali ni berkisahkan tentang ke-pelik-kan perasaan suka pada seseorang , suka yang melibatkan rasa sayang .

bila kita suka dekat seseorang, tipu la kalau kita cakap yang kita tak mengharapkan dia suka kat kita balik, dan sangat sakit bila kita tak tahu perasaan dia kat kita yang sebenar2nya, kadang2 kita rasa macam dia bagi green light, mcm suka dekat kita jugak, tapi kadang2 rasa macam kita perasan sorang la pulak. kadang2 kita rasa mcm dia taknak ambek tahu apaapa pun pasal kita, tapi kadang2 nmpk mcm dia tahu semuanya pasal kita, semua ni buat kita rasa confius, tak tahu nak teruskan perasaan yang macam mana, sama ada terus menunggu dan suka kat dia ataupun cuba untuk lupakan dia. kadang2 kita cuba untuk lupakan dia, paksa diri untuk lupakan dia, cuba untuk assume yang dia tak pernah dan tak akan suka kat kita balik, tapi tetap tak boleh sebab walau macam mana pun kita cuba untuk assume yang dia tak suka kat kita, jauh dalam sudut hati kita tetap mengharap yg dia mungkin akan suka kat kita suatu hari nanti, tapi bila kita cuba nak assume yang mungkin dia suka kat kita, banyak je kenyataan2 yang buat kita rasa tak mungkin dia suka kat kita.

kita selalu mencari peluang untuk muncul didepan mata dia , dan bagi dia anggap yang pertemuan tu satu kebetulan , padahal kita yang rancang . kita selalu mencari alasan untuk bercakap atau mesej dia tanya benda2 yang kadang2 tak logik and jawapannya kita blh dpat dari kwn kita sendiri. kadangkadang bila kita demam, kita sanggup taknak makan ubat sebab nak muka nampak pucat and mengharap at least dia tanya "kau tak sehat ke?" and dengan hanya soalan tu tanpa makan ubat pun demam kita dah sembuh dah. kadang2 bila kita mesej dia panjang berjelajela tapi bila dia balas walau hanya "ok" atau "tq" , tu dah boleh buat kita tersenyum untuk sepanjang hari. suka ni pelik sebab kadangkadang kita tak sedar yang tibatiba kita minat sesuatu yang sebelum ni kita tak minat hanya sebab dia minat sesuatu tu.

mungkin setiap ayat yang keluar dari mulut dia hanya akan menyakitkan hati kita je tapi at least dapat dengar suara dia, tu dah cukup buat kita rasa bahagia. mungkin bila dekat dengan dia hanya akan buat kita sakit hati, cemburu, marah, tapi sekurang2nya dapat nampak dia depan mata dah cukup buat kita rasa lega.

orang yang kita suka tu tak pernah tahu apa yang kita rasa sebenarnya, kadang2 even kita tahu yang dia tak akan balas mesej kita tapi kita tetap nak jugak wish raya ke birthday ke apa2 je la, kita tahu yg dia xkan balas tapi at least kita dapat mesej dia itu dah cukup rasa bahagia, kadang2 dia rasa dia sorang2, xde sape nak kongsi masalah dgn dia, tp dia xpernah tahu betapa kita nak sgt dgr msalah dia, kita teringin sgt nak tlg selesaikan masalah dia, walau tak dpat tlg dari segi zahir, dia tak pernah tahu yg dia selalu ada dlm doa kita, dia tak pernah tahu yang bila dia sakit kita terasa sakit dia, bila dia sedih kita jugak rasa sedih, tp kita hanya mampu berdoa je utk dia agar dpt kurangkan beban dia, dia tak pernah tahu bila dia sakit kita selalu berdoa agar kurangkan rasa sakit dia dan berikan kesakitan tu pada kita agar kurang rasa sakit dia, dia tak pernah tahu macam mana kita berusaha untuk berubah menjadi lebih baik di mata dia, dia tak pernah tahu macam mana kita berusaha untuk terima dia seadanya, cuba untuk terima segala kekurangan dia, dia tak pernah tahu macam mana kita cuba untuk rendah kan ego kita untuk faham dia, dia tak pernah tahu disebabkan kita ikhlas suka dekat dia, kita tak kesah dia tahu atau tidak macam mana usaha kita untuk menambat hati dia , sekurangkurangnya bila kita jadi seseorang yang dia sentiasa ingat , tu sudah satu kejayaan untuk usaha kita.

tapi kenapa dia hanya nampak benda negative di atas perkara yang sebenarnya disebaliknya niat kita positive ? kenapa bila kita berniat baik 100% ikhlas , dia tak nampak malah dia salahkan kita pulak ?

aku rasa pelik sangat sangat sangat . kenapa ada orang yang tak reti nak jaga perasaan orang lain even dia dah tahu perasaan orang tu dekat dia . boleh tak just berterus terang je . kalau tak suka, cakap dekat dia betul2 yang kau tak suka tapi dalam bahasa yg proper la, kalau lepas kau dah cakap kat dia tapi dia still lagi setia nak tunggu kau tu dah lain cerita la, kira bukan salah kau dah . and kalau suka kau cakap la yang kau suka . kenapa mesti diam je , mungkin kau ingat kau diam tu orang tu tahu perasaan kau tapi kau tak sedar yang kau sebenarnya bagi harapan palsu dekat dia, and ini akan membuatkan dia sangat sedih, kecewa and boleh buat dia down . so please la berterus terang je , sebab sekali kau dah buat orang sakit hati, sepuluh kali kau akan dapat sakit hati nanti, so baik kau jaga hati orang lain sebelum suatu hari nanti kau dapat nasib yang sama and mungkin nasib kau akan lebih malang lagi dari nasib orang yang kau buat dia sakit hati tu .

sekian sampai sini sahaja kuliah tentang hati kita ^^

Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment