Sunday 27 January 2013

Suka Itu Pelik !


suka ada pelbagai jenis . sama ada kita suka mainmain ataupun kita suka betulbetul yang melibatkan sayang . and once kita dah sayang pada seseorang itu , sesakit mana pun hati kita dekat dia, sejahat mana pun dia buat kat kita, rasa sayang itu tak akan hilang , cuma akan berkurang dan ia bergantung bagaimana kita nampak sayang tu , kadang2 mungkin sebab kita dalam keadaan yang beremosi sampaikan kita rasa perasaan sayang kita dah tak ada tapi sebenarnya perasaan sayang tu ada cuma kita tak dapat rasa selagi fikiran dan hati kita dikuasai emosi .

entry kali ni berkisahkan tentang ke-pelik-kan perasaan suka pada seseorang , suka yang melibatkan rasa sayang .

bila kita suka dekat seseorang, tipu la kalau kita cakap yang kita tak mengharapkan dia suka kat kita balik, dan sangat sakit bila kita tak tahu perasaan dia kat kita yang sebenar2nya, kadang2 kita rasa macam dia bagi green light, mcm suka dekat kita jugak, tapi kadang2 rasa macam kita perasan sorang la pulak. kadang2 kita rasa mcm dia taknak ambek tahu apaapa pun pasal kita, tapi kadang2 nmpk mcm dia tahu semuanya pasal kita, semua ni buat kita rasa confius, tak tahu nak teruskan perasaan yang macam mana, sama ada terus menunggu dan suka kat dia ataupun cuba untuk lupakan dia. kadang2 kita cuba untuk lupakan dia, paksa diri untuk lupakan dia, cuba untuk assume yang dia tak pernah dan tak akan suka kat kita balik, tapi tetap tak boleh sebab walau macam mana pun kita cuba untuk assume yang dia tak suka kat kita, jauh dalam sudut hati kita tetap mengharap yg dia mungkin akan suka kat kita suatu hari nanti, tapi bila kita cuba nak assume yang mungkin dia suka kat kita, banyak je kenyataan2 yang buat kita rasa tak mungkin dia suka kat kita.

kita selalu mencari peluang untuk muncul didepan mata dia , dan bagi dia anggap yang pertemuan tu satu kebetulan , padahal kita yang rancang . kita selalu mencari alasan untuk bercakap atau mesej dia tanya benda2 yang kadang2 tak logik and jawapannya kita blh dpat dari kwn kita sendiri. kadangkadang bila kita demam, kita sanggup taknak makan ubat sebab nak muka nampak pucat and mengharap at least dia tanya "kau tak sehat ke?" and dengan hanya soalan tu tanpa makan ubat pun demam kita dah sembuh dah. kadang2 bila kita mesej dia panjang berjelajela tapi bila dia balas walau hanya "ok" atau "tq" , tu dah boleh buat kita tersenyum untuk sepanjang hari. suka ni pelik sebab kadangkadang kita tak sedar yang tibatiba kita minat sesuatu yang sebelum ni kita tak minat hanya sebab dia minat sesuatu tu.

mungkin setiap ayat yang keluar dari mulut dia hanya akan menyakitkan hati kita je tapi at least dapat dengar suara dia, tu dah cukup buat kita rasa bahagia. mungkin bila dekat dengan dia hanya akan buat kita sakit hati, cemburu, marah, tapi sekurang2nya dapat nampak dia depan mata dah cukup buat kita rasa lega.

orang yang kita suka tu tak pernah tahu apa yang kita rasa sebenarnya, kadang2 even kita tahu yang dia tak akan balas mesej kita tapi kita tetap nak jugak wish raya ke birthday ke apa2 je la, kita tahu yg dia xkan balas tapi at least kita dapat mesej dia itu dah cukup rasa bahagia, kadang2 dia rasa dia sorang2, xde sape nak kongsi masalah dgn dia, tp dia xpernah tahu betapa kita nak sgt dgr msalah dia, kita teringin sgt nak tlg selesaikan masalah dia, walau tak dpat tlg dari segi zahir, dia tak pernah tahu yg dia selalu ada dlm doa kita, dia tak pernah tahu yang bila dia sakit kita terasa sakit dia, bila dia sedih kita jugak rasa sedih, tp kita hanya mampu berdoa je utk dia agar dpt kurangkan beban dia, dia tak pernah tahu bila dia sakit kita selalu berdoa agar kurangkan rasa sakit dia dan berikan kesakitan tu pada kita agar kurang rasa sakit dia, dia tak pernah tahu macam mana kita berusaha untuk berubah menjadi lebih baik di mata dia, dia tak pernah tahu macam mana kita berusaha untuk terima dia seadanya, cuba untuk terima segala kekurangan dia, dia tak pernah tahu macam mana kita cuba untuk rendah kan ego kita untuk faham dia, dia tak pernah tahu disebabkan kita ikhlas suka dekat dia, kita tak kesah dia tahu atau tidak macam mana usaha kita untuk menambat hati dia , sekurangkurangnya bila kita jadi seseorang yang dia sentiasa ingat , tu sudah satu kejayaan untuk usaha kita.

tapi kenapa dia hanya nampak benda negative di atas perkara yang sebenarnya disebaliknya niat kita positive ? kenapa bila kita berniat baik 100% ikhlas , dia tak nampak malah dia salahkan kita pulak ?

aku rasa pelik sangat sangat sangat . kenapa ada orang yang tak reti nak jaga perasaan orang lain even dia dah tahu perasaan orang tu dekat dia . boleh tak just berterus terang je . kalau tak suka, cakap dekat dia betul2 yang kau tak suka tapi dalam bahasa yg proper la, kalau lepas kau dah cakap kat dia tapi dia still lagi setia nak tunggu kau tu dah lain cerita la, kira bukan salah kau dah . and kalau suka kau cakap la yang kau suka . kenapa mesti diam je , mungkin kau ingat kau diam tu orang tu tahu perasaan kau tapi kau tak sedar yang kau sebenarnya bagi harapan palsu dekat dia, and ini akan membuatkan dia sangat sedih, kecewa and boleh buat dia down . so please la berterus terang je , sebab sekali kau dah buat orang sakit hati, sepuluh kali kau akan dapat sakit hati nanti, so baik kau jaga hati orang lain sebelum suatu hari nanti kau dapat nasib yang sama and mungkin nasib kau akan lebih malang lagi dari nasib orang yang kau buat dia sakit hati tu .

sekian sampai sini sahaja kuliah tentang hati kita ^^

Assalammualaikum :)

Friday 21 September 2012

Aku Suka Dia ? Aku Benci Dia ?

aku confius yang aku suka dia ke aku benci dia -_-
hmmm ..
hmm ..
hm ..
aku pun tak tahu nak mulakan dari mana ..
so aku cerita je la ikut sesuka hati aku nak mula dari mana erk ..
aku ada crush dekat seorang lelaki ini ..
ataupun nama tak betul dia mr.wrong ..
sudah 6 bulan dah aku crush kat dia ..
daripada rahsia secara tak sengaja sorang sorang tahu ..
seingat aku , aku cuma cerita dekat 4 orang kawan aku je ..
and 4 orang tu memang boleh dipercayai ..
yang menjadi persoalan sekarang ni macam mana ramai pulak yang lain yang tahu ..
nasib baik mr.wrong tu tak tahu ..
tapi kalau dia tahu then buatbuat tak tahu tu aku tak tahu la ..
yang aku nak ceritanya ..
sepanjang 6 bulan ni banyakkkkkk betul cobaan aku crush dekat mr.wrong tu ..
salah satu nya adalah sebab dia antara yang kurang digemari oleh kawankawan aku ..
tu bahasa paling lembut la tu ..
haha ..
boleh dikatakan 90% dari kawankawan aku yang tahu pasal ni dorang menentang ..
ada dengan cara terangterangan ..
ada dengan cara gelapgelapan ..
aku jadi sangat stress macam ni ..
macam la aku tak perasan yang dorang perliperli dari belakang ..
bila nampak aku dengan mr.wrong je mesti jelingjeling ..
aku tahu dorang bukannya ada masalah dengan aku ..
masalah dorang sekarang ni adalah dorang tak suka dekat mr.wrong tu ..
tapi disebabkan aku crush dekat mr.wrong tu ..
tak pasalpasal aku pun terlibat sama ..
sampaikan kadangkadang aku rasa kawan yang aku paling rapat dulu pun dah tak rapat dengan aku dah :(
aku tak paham sebenarnya ..
kenapa mesti dorang kaitkan aku dengan masalah peribadi dorang dengan mr.wrong tu ..
sekarang ni yang crush tu aku ..
so biar aku sorang yang handle ..
kenapa mesti ramai yang nak masok campor ?
lagi masalah yang aku hadapi adalah ..
aku dengar ura ura ..
ada segelintir orang cakap yang mr.wrong tu sebenarnya gay ..
ntah la ..
aku pun tak tahu ..
masalah nya orangorang yang cakap tu ada yang aku dah kenal lama ..
so kira macam aku boleh tahu dorang cakap betol ke tak ..
kalau tipu pun apa motif dorang nak tipu ?
itu membuatkan aku lagi bertambahtambah stress ..
lagi yang buat aku susah nak tolak cakapcakap dorang tu bila aku tengok cara pergaulan dia dengan perempuan ..
dia memang sangat rapat dengan perempuan ..
rapat bukan macam seorang lelaki ..
tapi ............
hmmm ..
tapi walau macam manapun  tak tahu kenapa jauh disudut hati aku ..
aku tetap yakin dia tu straight ..
lagi satu ..
dia ni seorang yang sangat suka buat kerja ..
so nak dijadikan cerita ..
eh lupa la ..
mana boleh cerita kat sini ..
kalau cerita confirm semua orang tahu mr.wrong tu sapa ..
so yang aku nak cakapnya adalah ..
aku memang nak berkerjasama dengan dia sebab dia ada banyak pengalaman dalam sesuatu yang aku nak buat tu ..
so aku request dia berkerjasama dengan dia ..
tapi Ya Allah ..
ramainya yang menentang dengan keputusan aku tu ..
sampai ada yang cakap aku ni tak professional ..
kononnya aku pilih nak berkerjasama dengan dia sebab aku crush dekat dia ..
padahal seriously aku sudah sehabis daya try to be professional ..
masa meeting ke apa ke yg kene mengena dengan kerja aku professional ..
kalau perlu bantah dia aku bantah ..
kalau perlu marah aku marah ..
aku ni bukannya yg jenis sorang ketua yang marah orang depan orang lain ..
so kalau aku marah dia aku marah belakangbelakang ..
tapi disebabkan dorang yang lain tak nampak aku marah ..
so dorang ingat aku sentiasa ikut je cakap mr.wrong tu walaupun dia salah ..
seriously kalau aku tak professional ..
lebih baik aku bagi teros je jawatan aku tu dekat dia ..
xpyh nak suroh dia tlg aku bagai ..
ish ntah la ..
sbenarnya banyak lagi yang aku nak cerita ..
tapi aku lupa la .. -_-

dia tu kadangkadang aku rasa annoying giler ..
sampai menyampah tahap gaban ..
kadangkadang rasa happy sangat la pulak bila dengan dia ..
kadangkadang rasa rindu sangat bila tak jumpa ..
kadangkadang rasa benci nya sampai nak lari dari jumpa dia ..
aku sangat suka bila 'bergadoh' dengan dia ..
kadangkadang rasa kenapalah aku boleh crash dekat dia ..
sampaikan sekarang ni aku rasa aku yang giler ..
aku sendiri pun tak tahu apa yang hati aku nak sebenarnya -_-

aku pernah nekad nak bagitahu dia ..
means aku bagitahu then aku stop crash dekat dia ..
kira aku bagitahu just nak lepaskan segala beban aku la ..
then aku stop la crush dekat dia ..
tapi kawankawan aku halang ..
dorang tak kasi aku cakap ..
dorang cakap kemungkinan yang sangat besar relationship kitorg akan terhapus ..
sebab sekarang ni kitorg rapat ..
mungkin bila dia tahu nanti kitorg da tak berkawan lagi ..
tpi ntah la ..
kadangkadang aku rasa sayangnya kalau betul la yang kitorg sudah takkan rapat macam sekarang ni kalau dia tahu ..
kadangkadang pulak aku rasa lebih baik dah tak rapat dari terus sakit hati kan ..
so conclusionnya pilihan apa pun yang aku pilih tetap hati aku akan sakit ..
kalau pilih masih lagi nak berkawan dengan dia ..
kena la kental kan hati dengan segala tentangan ..
kalau pilih nak bagitahu then stop crush dekat dia ..
kena la terima yang hubungan kitorg akan berakhir ..
ahhh pening la !