Thursday, 17 November 2011

9 Kesalahan Penjagaan Rambut !


kasalahan yang selalu dilakukan pada rambut ?
aik ?
ade jugak ke orang salah jage rambut ?
haa , sebenarnya ade...
dan tanpa disedar kita semua selalu melakukan kesalahan2 tu ..
nak tahu ape kesalahan2 tu ?
meh sini kita bace *_*

Tabiat Mencuci Rambut Setiap Hari
rambut akan kelihan sangat cantik dan berkilau ketika minyak semulajadi dari kulit kepala korang menyentuh hujung rambut. kerana itu lah pakar rambut menyarankan penjagaan rambut yang baik adalah mencuci rambut 2-3 hari sekali. sebab lain pula rambut korang akan kehilangan lembapan akibat terlalu kerap dicuci. kalau rimas jugak sebab tak cuci setiap hari, korang boleh semburkan air sejuk kat kepala n keringkan untuk segarkan kulit kepala.

Kerap Menyikat Rambut
ramai yang dakwa bahawa menyikat rambut dapat menyinarkan rambut, tetapi ia hanya dengan beberapa kali sikatan sahaja supaya dapat menyegarkan minyak semula jadi dari akar hingga hujung rambut, kalau rambut korang disikat berlebihan pulak akan menyebabkan kerosakan rambut dan rambut mudah patah.

Selalu Ikat Rambut Ditempat Yang Sama
tak salah ikat rambut, tapi cuba lah ubah tempat ikatan rambut korang dan gunalah pengikat yang elastik yang tak menyebabkan rambut terlekat kat ikat rambut. korang juga disarankan untuk melonggarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan pada rambut sebab kalau ketat sangat ia boleh menyebabkan rambut terputus.

Ikat Rambut Menggunakan Gelang Getah
jangan sesekali menggunakan gelang getah untuk ikat rambut walaupun dalam keadaan terdesak kerana ia boleh menyebabkan rambut terputus.

Tidak Menjaga Kulit Kepala
jangan hanya mengambil berat pada rambut sahaja, penjagaan kulit kepala juga penting diberi perhatian. urut kulit kepala korang dengan lembut untuk kelancaran peredaran darah. boleh juga menggunakan serum yang khusus untuk kulit kepala.

Blow Dry atau Menggunakan Pelurus Rambut Ketika Rambut Basah
penyebab kerosakan rambut adalah kerana pemanasan terlampau. blow dry dan pelurus rambut hanya dipakai bila rambut lembap sahaja (bukan masa basah). maximum 20 minit sahaja dengan suhu yang bersesuaian supaya rambut tak terdedah dengan pemanasan melampau.

Tidak Menggunakan Penyembur Rambut
sebenarnya penyembur rambut mengandungi polimer yang ternyata dapat menjaga kelembapan rambut. jadi jangan takut untuk menggunakan penyembur rambut.

Menggunakan Sikat Yang Tidak Sesuai
pilihlah sikat yang bersesuaian dengan rambut korang. kalau salah pakai boleh mematahkan rambut korang. lebih panjang rambut lebih panjang lah diameter sikat yang diperlukan.

Menutup Kelemumur Bukan Merawat Kelemumur
menggunakan pelembab seperti minyak rambut dan gel bukanlah jalan penyelesaian untuk menutup kelemumur. kelemumur adalah penyakit radang kulit kepala yang tak ada hubung kait dengan kekeringan. cara rawatan kelemumur adalah dengan menggunakan shampoo yang mengandungi saliclic asis zinc, selendium sulfat dan tar untuk mengurangkan kelemumur.

^___^

No comments:

Post a Comment